Archive for category Johari Awang

Woi Vote Betul2 La!

(Image credit)

Presenting our special guest writer today: Johan bin Haji Awang

“Melayu takde bodek!

Bila time berbual, satu2 macam betul je kutuk PAP itu lah, ini lah, harga HDB mahal nak mampos, harga bas/MRT asik naik even though tiap2 tahun untung ratus2 juta. Harga barang kat pasar naik pasal government pilih landlord ikut harga supermarket, harga hospital naik, obat naik, klinik naik, semua naik. Gaji je tak naik2. Kalau naik pon very pathetic.

Dah tu duit CPF sendiri, da lah kena paksa simpan tiap2 bulan, dah tua belum tahu dapat keluarkan. Suka aku ah nak buat beli kereta ke nak pegi haji ke nak bukak bisnes goreng pisang. Duit aku apa! Tiap2 bulan aku simpan! Da lah kau makan duit bunga dia puluh2 tahun tak kenyang2 ke?

Abistu orang melayu masuk army pangkat tinggi2 pon jadi apa? Berhenti masok Ass-tar? Pilot cume boleh bawak cargo plane je. Navy? Hahaha jangan buat kelakar sini ok aku serious.

Apa Singapore takde corruption? Takde nepotism? Kau tengok sape pegang post paling tinggi? Anak dia jadi apa skarang? Anak dia nye bini kerja mana? Gaji brape? Apa takde orang lain ke boleh buat kerja2 tu semua?

Please ah. Ada banyak lagi. Orang luar datang belajar ada scholarship, da tu dapat PR senang2. Gaji pon muai, NS tak kena. Sini punye policy semua pasal duit aje. Duit duit duit. Takde duit pegi mampos. Kau tengok casino. Kena pelawa mcm anak dara. Kompeni2 semua lagi precious dari orang. Ugama jangan cakap, aku tanya ustat2 aku, diorang pon tak tahu apa direction skarang.

Aku da give up. Ramai orang da give up.

Cuma yang aku tak paham, lepas ye2 berbual2 macam gini, aku tanye orang diorang nak vote sape, satu2 takot nak jawab. Bukan pasal secret, tapi pasal diorang takot kalau diorang vote PAP nanti tak dapat beli rumah, kena target pat kerja, hidop susah lah.

COME ON LAH!! Korang dah kenapa??! Berapa ramai orang vote PAP pon susah dapat rumah jugak, bodoh. Nak bet? Kau tanye makcik2 pengampu PAP yang selalu pakai baju putih, rebut2 salam cium tangan dengan MP PAP semua. Kau tanye diorang anak diorang senang dapat rumah tak? Kau tanye diorang time diorang bayar bill api air ada dapat special “Pembodek PAP Discount” tak? Ke diorang ada special EZ-link card bila naik MRT jadi orang cacat nak kena kasi diorang tempat duduk?

Takde dok! Semua sama je. Ni semua dalam kepala otak kita je. Aku baru baca pat suratkhabar hari ni, ada opposition punye orang dia dulu2 pon vote for opposition, padahal dia keje civil servant siak. Lepas tu dia masih dapat promoted macam biasa. Kawan2 aku vote opposition pon masih sama je. Pakcik makcik aku vote opposition pon lepas tu dapat promotion boleh tinggal bungalow some more!

Kenapa?

Pasal vote tu secret. Diorang tak boleh track. Blog agaknya orang boleh track, tapi vote tak boleh.

Memang voting card ada serial number, tapi tu untuk make sure yang that the card is authentic. Lepas tu kau tengok cara the vote is collected, dalam kotak, diorang longgokkan semua, dengan kehadiran (kan aku da pakai proper Malay word) opposition party members, it is impossible to know who voted for whom exactly. Kalau kau rajen sket pegi baca la pasal ni (link 1, 2). Jangan jadi pengecut tak tentu pasal! Macam mana Melayu nak maju gini?

Jadi kau, orang Melayu, yang konon2 berani, jiwa pendekar, cucu Hang Tuah, sepupu Badang, and most importantly orang yang ada agama. Kau tahu apa yang betul, apa yang salah. Kalau kau hidup bawah Fir’aun yang zalim, lepas tu Fir’aun intimidate/bayar kau untuk pilih dia jadi raja lagi, padahal kau tak agree dengan dia, AND kau ada choice lain. Tapi kau still vote for Fir’aun. Kau rasa what does that say about you?

Bodoh, focus sikit boleh tak. Walaupon PAP macam Fir’aun, aku tak cakap yang opposition tu Nabi Musa. Aku tanya, kau punye punye prinsip harga brapa? $600? $800? $1000? Atau the perception yang hidup kau akan susah?

Nanti lain kali kalau kau kene make hard choices, kau cuma nak pilih yang hidup senang dapat duit je? Kalau gitu, kau memang patot jadi PAP supporter sampai mampos.”

؏

, , , ,

13 Comments

%d bloggers like this: